أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"Sudah khatam al-Quran ya?"
"Banyak kali dah."
"So... dah faham sesungguhnya lah isi al-Quran tu?"
"..."
########
Aku cari dan cari. Hati aku berdegup sedikit kencang each time.
I wanna find it... I wanna find it... Lead me to them, lead me... oh please, I wanna find it...
I'm weird like that. Perasaan yang tidak dapat aku terangkan dengan mudah. Seperti menginginkan sesuatu dengan sepenuh jiwa dan raga, but I don't know sesuatu itu!
Sabar... Sabar... Tinggalkan, mungkin bukan di sini, mungkin bukan pada masa ini. Sabar...
Aku berikan diriku sendiri sedikit masa. Go with my life as per usual. It will come, I believe.
Lead me to it, Ya Allah, for You know best!
########
Hati resah. Gelisah. Tidak tenteram. Kembali kepada Tuhan, kembali kepada Pencipta. Ku hadap al-Quran yang indah itu.
Your body needs food to survive. What of your heart... ?
Oh ku hadap al-Quran itu. Alhamdulillah, hati tenang.
########
Orang kata "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Oh how it rings true to me at that time. Badan yang letih, sakit dan tidak bermaya digagahkan juga untuk bangun dan pergi ke padang itu. Panas terik, peluh menitis tanpa henti, langsung tidak diendah. Practise and practise and practise... Fuh, puas.
Teringat kata-kata sahabat, a new information for me, Subhanallah...
"Rasulullah s.a.w. suka orang yang belajar memanah, swimming, and horse-riding!" Go ahead and say i'm paranoid, but i'm the type of person who like to make sure it's true, opps. Saudara ni punya entry sgt membantu: click!
Oh! Mungkin dapat aku jadi pejuang Islam dengan kemahiran ini! Jangan putus asa!
Tik. Tok. Tik. Tok.
Time for class is approaching. Hilang minat. Tapi bergerak juga, menuju sana. On the way, change direction. Tak sanggup! Rasa letih yang meluap-luap! Calls dan messages tidak dibalas, semangat semakin surut.
Singgah sebentar, tunggu lagi reply with very small hope. Terpacul muka yang dikenali.
"Hey!" Senyum.
Tangan dijabat, terpaku sebentar; why not? pipi berlaga mesra.
"Kedai akak ke?" Kagum. Suka melihat mereka sepertinya, sejuk hati. Tudung labuh, mesra... Berbicara agama, mudah!
"Ya." Senyum.
Ku belek-belek buku, Alhamdulillah jumpa beberapa yang kena dihati.
"Tiada duit kecil, pecahkan dulu. Tu, kedai depan tu." Senyum nakal.
"Akak! Suruh habiskan duit pula... Takpe, akak nak air? Saya belanja?" Kemurahan hati, sikap yang diajarkan kepadaku oleh seorang muslimah yang hebat! Alhamdulillah. Good deeds yang dilakukan, hanya berharapkan ganjaran daripada Allah! Sesungguhnya, nikmat Allah itu tidak dapat dikira langsung, Masyaallah...
Dari membeli buku, berbual tentang bisnes. Minta tips, dia cuba jawab dengan sebaiknya. Dari bussiness-speaking, dijemput duduk -sementara dia pergi melayan customer lain-. Kelas yang beberapa minit telah bermula, was ignored.
Hari semakin cerah, customers semakin ramai, dilihat kakak itu seorang diri cuba memenuhi panggilan pelanggan. Aku bangun membantu, dibekalkan pengalaman part-time shoe's promoter, ku jadi sukarelawan-penjual buku. Congak harga buku dengan penuh yakin -tidak mahu tewas dengan parents yang always awesome dalam mencongak!-.
Seronok. Buku-buku itu, buku-buku agama. Botol-botol itu, berisi air bacaan 30 juzu'. Herba-herba itu, herba-herba yang cuba mengikut hadis Rasulullah s.a.w.; habbatus sawda'... madu... kismis!
Pak cik datang, bertanyakan perfume for men. 'Wow! Pak cik pakai perfume, mengamalkan sunnah Rasulullah!' getus hati, riang. Hadis for this fact here: Click! Credit to saudari ni.
"For men... This one, or this one... this one..." kakak jawab, perwatakan berubah dari sedikit nakal kepada professional, pantas.
Dicium bau perfume itu satu per satu. Aku perhati dengan penuh minat. Mungkinkah dia pilih yang itu? Mungkinkah dia akan beli at all? Take that one up, put it down and take another, put that one down and take back the 1st one... again and again and again. Pak Cik... nak beli tak?
"I'm confused..." He smiled reluctantly. Biji mata membesar, aku tertawa kecil disebelah. My silent question was answered!
He bought one.
Muka yang dikenali singgah. Alamak.
"Takde kelas ke?" Tanya dengan penuh harapan, hoping that perhaps I was not skipping any class.
"Ngantuk, keluar sekejap. Kau takde kelas ke?" Kelas aku = kelas dia. Kantoi. Kakak sebelah sengih mengerti.
Aku terpandang dia, bertentang mata sejenak. Ku palingkan muka perlahan-lahan. Ouch, another one.
"Kelas... dah habis ke?" Senyum kantoi.
"... Part-time ke?"
"Aaa... part-time." Ignore dia, pergi layan customer.
########
"Why do you like to play truant?"
Ouch. Bagaikan penampar. But feels like laughing. Laughing, hard. That question, a question I ask myself more than once. Bagaikan diuji olehNya apabila soalan yang bermain di fikiran disuarakan dengan jelas lagi terang oleh orang lain.
Suka? No, aku tidak akan guna ayat itu untuk describe my behaviour. It's not 'like' when your heart rebels with that action, no?
Ku lontarkan soalan, dengan penuh harapan aku akan tewas dengan kata-kata yang bernas. Hampa. Jawapan yang diberinya ku bidas laju, tegas. I said I ask myself this question more than once, didn't I?
But thank you. At least you showed that you care.
Aku tahu saling menasihati itu penting.
Islam begitu mementingkan persoalan memberi peringatan dan nasihat, tanpanya manusia akan leka. Yang ni ak cedok dari penulisan al-Haqir Hamizan Hussin, Mengapa Hati Terhijab.
Aku balik malam itu with something to think about. Aku gagal lagi kali ini, tapi tidak apa, akan aku tewaskan juga masalah sosial yang satu ni. Memang benar apabila they said that the hardest enemy is yourself. Well.
I would say...
Nobody knows your problem and your struggle, don't let them discourage you... you'll continue to fight for the right, because you know... Allah is with you.