Monday, August 4, 2014

Aku future pharmacist, dia senior doctor.

Future pharmacist! Aku! InsyaAllah...

-XXX-

Apabila seseorang itu sakit, memang banyak benda yang tidak mampu dilakukan compared to when you're healthy. Aku sudah tahu itu, tapi memang aku ini manusia yang lemah dan sering leka. Akhirnya, aku lupa dan lalai. Sekarang sudah jatuh sakit, rasakan lah penangannya! 

Astaghfirullah... Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku yang masih tidak dapat jauhkan diri sepenuhnya daripada dosa, masih lagi Engkau berikan nikmatMu yang tidak terkira. Subhanallah...
Memang patut pun aku sakit. Hadis Rasulullah s.a.w menjadi penenang dan penyebab aku bersabar; 
“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang dan derita sehingga jika sebatang duri menikamnya kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosanya.” (Riwayat al-Bukhari)

-XXX- 

Dia bagi paracetamol (selalu dikenali dengan nama brand Panadol). Oh, okay, aku tahu. Ini untuk demam aku. Paracetamol ini pain-killer sebenarnya. Jadi nya, diberi ubat ini kerana tidak mahu sakit kepala. 
Harus ambil 2 biji, 3 kali sehari. 2 biji sebab aku ini kan adult, hoho. 3 kali sehari maknanya pukul 6 pagi, 2 petang dan 10 malam. 6 pagi itu first time aku mengadu aku demam sebenarnya, time bangun mahu siap-siap solat Subuh. 

Kemudian, diberi pula antibiotic (senang cerita, antibiotic ini ubat untuk bunuh kuman. Bacteria.). Antibiotic ada banyak, yang aku dapat amoxycillin. Boleh sahaja kalau aku mahu merapu apa yang aku belajar tentang ubat ini disini, tapi tidak perlu lah yerk. Apa yang bagus tentang amoxycillin ini compared to datuk nenek dia ialah ia dapat tahan dalam perut kita, maknanya ia tidak rosak sebelum menjalankan tugasnya membunuh kuman. 
So, aku pun become --> 'Aik?? Kenapa pula?' Gumam dalam hati sahaja. Fikir punya fikir, ha!! baru tahu... Sebab tekak aku sakit, itu la fasal diberi antibiotic. Mahu confirm la katakan, aku direct tanya je;
"Augmentin ni sebab tekak sakit ek?" (Augmentin nama brand ubat itu.)
"Ha, ya lah. Sebab sudah tahu kalau tekak merah macam itu, memang ada kuman. Ada buat experiment sendiri sebelum ni..." Sampai sini aku sudah terpegun kagum. Dalam hati sudah bergolak-golak soalan mahu tahu macam mana pula dia boleh buat experiment sendiri-sendiri di hospital umum pula ni. Tidak perlu tanya dia sudah pun jelaskan, katanya dia perhatikan warna merah tekak pesakit dan kemudian hantar blood culture untuk di'test' ada or tidak ada kuman. 
"Ooo, merah tu ada lain-lain ek?"
"Ya." Senyum doktor tu. 
So, dia associatekan tahap warna merah tekak orang itu dengan the presence of bacteria. Cool. Agaknya, inilah perbezaan antara junior doctor and senior doctor

Aku sendiri memang sudah agak aku ada jangkitan kuman sebenarnya. Macam ini, kalau hingus dan kahak korang berlendir warna hijau, itu memang tanda adanya kuman. Beware!

Malamnya, keadaan aku tidak ada perkembangan nampaknya. Check suhu badan, 38 degree celcius! aiyoyo... padan pun rasa macam dalam peti ais sahaja aku ini. 
Doktor pun isytihar aku kena tambah makan satu lagi antibiotic. Dia letak papan pil ubat baru itu sebelah aku dan aku dengan lajunya terjerit kecil (excited la katakan, ubat yang aku kenal.), "Erythromycin!"
Tapi dalam hati tertanya sendiri, betul ke erythromycin... ? Macam something wrong je...
Beberapa minit kemudian, puas duduk tenung ubat itu baru lah perasan... Azithromycin daaaaaa... Memang laaaaa. Erythromycin, kalau aku ingat betul-betul, sudah bukan ubat pilihan. Cucu dia, Azithromycin pula digunakan sebab lagi bagus dari segi efficacy dan side effects. Itu la, mahu poyo sangat, lol.
So, ubat ini diambil 2 biji sekali sahaja sehari. Hm-hm-hmmmmmm~

-XXX-

Bagaimana yerk future aku nanti... ? Tak, aku tak maksudkan kerja aku sahaja... aku maksudkan dari segi rohani sekali. Sesungguhnya Jannah itu idaman aku... Allahu rabbi...

Penulisanku hancusss kerana tgh sakit, wawawa...

No comments:

Post a Comment